Saturday 26 November 2011

Itu yang aku mampu :(




Aku selalu duduk bersendirian,
Dikala malam aku merenung bulan,
Selalu terkenangkan kau,
Segala tentang kau,
itu saja yang aku mampu.




Aku rindukan dakapan mesra kau,
ketenangan dan kebahagiaan itu,
membuat aku semakin rindu,
tapi sayang aku cuma boleh merindu,
merasakan dakapan ilusi mengubat sepi,
Itu saja yang aku mampu.






Kepercayaan dan kesetiaan,
Aku mengaku yang aku memang bodoh,
Bodoh sebab keliru untuk percaya,
Yang aku lebih sukakan dan sayangkan kau,
Aku selalu berharap yang kau maafkan aku,
Itu saja yang aku mampu.


Sakit bila dipermain oleh cinta,
Sekali terluka selamanya berbekas,
Mungkin kita ditakdirkan untuk jatuh cinta,
Dan Aku pula yang ego permainkan cinta itu,
Setiap hari aku menatap gambar kau,
mengulit kenangan lalu,
itu saja yang aku mampu.






Masih teringat lagi,
Semua benda yang kau dah berikan,
Aku hargai segalanya,
Tapi aku tahu pemberian aku pada kau tak seberapa,
Aku cumalah insan biasa,
Aku cuba mencari dan memberi kebahgian pada kau,
Itu saja yang aku mampu.









Aku dan kau tak lagi bersama,
Hanya kenangan saja yang kekal,
Tapi perasaan jauh menghilang,
Mungkin kau dah lupakan aku,
Tapi aku masih cintakan kau,
Itu saja yang aku mampu.





Aku dah tak nak kau,
Aku benci kau,
Pergi jauh dari hidup aku,
Semua ayat tuh kau lemparkan kat aku,
Mudah kau katakan,
Tapi aku tahu perit untuk laksanakan,
Aku tetap tak putus asa,
Pujuk dan pujuk sampai aku tak terdaya,
Itu saja yang aku mampu.






Dan ini pula yang aku tak mampu,
Melupakan kau setelah aku mencintai kau,
Setulus hati dan serius untuk bercinta,
Tapi kau pula menutup pintu itu dan mengunci segala rindu,
Aku sudah malas,penat,fedup untuk bercinta,
Kerna hati aku masih lagi untuk kau SAYANG!.

Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Sunday 13 November 2011

Suka Atau Cinta




Memang tak dinafikan yang banyak lelaki bermulut manis,
Tapi manis mulut tak semestinya bahagia.





Bila mula-mula kenal , eh, awak comel la , eh awak baik la,
macam2 la puji-pujian yang indah2 belaka.






Da lama sikit mulalah pulak berSMS segala,
mula bersayang-sayang , ucapan I Love U mula diungkapkan,





Kemudian berjumpa,layanan diberi macam lah princess,
Sangat sweet la,macam2 mende romantik dia buat.
Eh,sukanya...



Bila dah lama tak kontek mulalah rindu,
rasa macam sumthing is kurang je,
mula lah gila bayang..


Dia cuma berhubung bila bosan,
tapi berselindung disebalik alasan rindu.




Kadang2 je si dia call,
bila call uh mulalah bermanja,
sangat mesra sampai tak sedar sejam bergayut..
macam biasa ucapan I love u berulang kali disebut.





If PERKARA NI BERLAKU...  STOP HOPING FOR LOVE FROM THEM !!




THEY DO NOT LOVE YOU, BUT DIORANG CUMA SUKA KORANG..TAK LEBIH SEBAGAI SEORANG KAWAN








Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Tuesday 8 November 2011

Epilog cinta-bab 1

Hari ini,hari pertama Fara bergelar seorang Cikgu.bukan lah cikgu yang besar mana,cuma cikgu sekolah rendah di Kampung Badak.Mestilah gugup rasanya bila kali pertama menjadi seorang pendidik.Lebih-lebih lagi berdepan dengan murid-murid.Jadi,Fara memulakan kerjayanya dengan melapor diri pada Guru Besar sekolah kebangsaan Jaya Permai,Haji Jofri binti Karpal.


"Assalamualaikum tuan,saya Farah Aniza,cikgu baru..." . Belum sempat lagi fara menghabiskan intro tentang dirinya, Tuan Jofri menyampuk , "saya tahu , wah , orangnya cantik seperti namanya , jadi , saya dah pun baca resume awak dan awak memang seorang yang berkaliber" . Tuan Jofri merenung mata Fara sambil mengewink2 dan tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang rompong itu. "eh,terima kasih tuan , jadi boleh saya mulakan kerjaya saya ini? " . Fara berasa kurang selesa kerana Tuan Jofri melontarkan kata-kata dengan nada yang romentik.

Seorang wanita datang dan terus tarik telinga  Tuan Jofri, "Abang jangan nak menggatal eh , siap wink2 ingat saya tak nampak ? kang ni makannya ! " . " adeh , eh mana ada , maklum lah , da tua , tu yang mata terkebil-kebil je tuh " . Rupa-rupanya dia isteri kepada Tuan Jofri , Puan Salmah yang merupakan GPK di situ . " eh , inilah cikgu baru tu ye ? wah , masih bergetah gitu " kata  Puan Salmah " ." Puan ni, biasa je lah , em , jadi saya akan mengajar kelas yang mana ya puan ? " . "oh ya , lupa pula , kamu akan mengajar kelas 1 Perkasa " .  " Baiklah puan , terima kasih ". Fara segera bergegas ke kelas  sambil tertawa sendirian.


Dengan langkah konpiden , Fara menuju ke kelas itu. Fara melangkah masuk ke kelas , tiba-tiba suasana yang huru-hara tadi menjadi senyap . Fara terkasima . lalu dengan selamba dononya , dia duduk di meja guru dan meletakkan beg tangan berjenamanya yang dibeli di pasar malam di atas meja. Semua murid seolah-olah kebingungan dan berbisik sesama sendiri. Fara memulakan dengan menulis namanya di papan putih dengan bangganya. Tiba-tiba seorang pemuda yang agak tinggi dan sedikit hensem mengetuk pintu kelas . " tok tok , assalamualaikum , err cik..." . Dia melihat papan putih dan membaca nama Fara . " Cik Farah ? , boleh saya tahu apa awak buat kat sini ? " . " waalaikumsalam encik.." fara melihat tag nama yang tersemat di dada pemuda itu.." encik Shah , kenapa ? awak nampak saya tengah bersukan ke? " jawab fara dengan kereknya. " jadi,awak lah cikgu baru tuh , amboi , tidak la, cuma saya agak pelik lah , setahu saya kelas 1 Perkasa kat sebelah dan ini adalah kelas saya dan sebab tulah saya tanya apa awak buat kat kelas saya ? " jawab Shah dengan nada perli.. Fara jadi nervous,OMG..macam mana ni,dia langsung tak tahu nak buat apa. " oh , ea ? " . dengan segera fara amek semua barangnya , dan cepat-cepat nak keluar dari situ . Muka fara da merah gila. Murid-murid dalam kelas tuh sudah bergelak sakan. Belum sempat lagi  fara melangkah keluar,Shah memanggil fara..mata bertentang mata..lagu jiwang mula kedengaran , fara tersipu malu dek renungan menggoda shah.Tetibe je , " sebelum awak keluar , tolong padamkan papan putih ni ye ? " . peh, kene game lagi . Dengan tak relanya, fara lakukan juga. Fara beredar dengan malunya.
Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!