Saturday 24 December 2011

Dia..:)




Dia tak sempurna,
Begitu juga kita,
Dan kita berdua tidak akan sempurna,
Tapi jika dia sering membuat kita tersenyum,
Itulah kesempurnaan yang dicari.






Seandainya dia mengakui kesalahan diri,
Dan mengatakan manusia tidak sempurna,
Peganglah setiap kata-kata,
Berikanlah kepercayaan pada dia,
Kerana dia sedar bahawa,
Kita semua tiada bezanya.

Dia bukanlah penglipur lara,
Jauh sekali pendusta cinta,
Dia takkan mengingati kita setiap masa,
Lagikan pula merindu kita,
Sebab dia yang akan menyerahkan dirinya,
Habiskan seumur hidupnya bersama kita,
Kerana dia tak nak kita bersedih.



Jangan sakiti dia,
Jangan sesekali meragui dia,
Jangan terlalu memaksa dia,
Sebab kita takkan bisa membuat,
Dirinya umpama boneka kita.





Senyum bila dia buat kita tertawa,
Merajuk bila dia buat kita marah,
Rindu bila dia tiada disisi,
Dan bermanja bila bersama.




Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Tuesday 13 December 2011

Selagi aku



Selagi aku berjalan dibumi ini,
Takkan pernah aku berhenti merindu,
Biarlah hanyut dimamah waktu,
Jadilah aku penunggu yang kaku.

Selagi aku mampu berdiri,
Selama mana jua aku setia,
Menyimpan perasaan cinta pada kau,
Walau perit terpaksa aku rasa.


 Selagi aku mampu tersenyum,
Akan aku simpan kenangan kita,
Walaupun kau mungkin membenci,
Aku tetap akan senyum di depan kau.




Selagi aku cuba perbaiki keadaan,
Kau pula yang cuba menjauh,
Cuba lupakan segalanya,
Tapi aku tahu kau tak berdaya,
Kau pergi kerna takut terluka.






Selagi aku menyayangi kau,
Aku akan selalu rindukan kau,
Dan selagi kau tidak memaafkan aku,
Selagi itu aku akan terus merayu.





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Thursday 8 December 2011

Maapkan Daku




Mudah untuk kita melukakan,
Sukar untuk  kita memulihkan,
Lumrah manusia memang tak sempurna,
ada saja kelemahan,
Ego,Keras kepala sudah sebati dalam diri,
Namun semua itu boleh dibaiki.



Tapi antara kau dan aku,
Perspektif yang berbeza,
Aku sayangkan kau,
Aku perlukan kau,



Luka dihati tidak dapat dilihat,
Tapi senyuman palsu ternyata,
Maaf mungkin kau anggap ucapan,
Tapi memaafkan kau tak bisa,


Besarkah salah aku,
Hina sangatkah aku,
Aku tak mampu menanggung,
Rindu yang sarat menebal,
Dihati yang telah kau miliki,

Sayang dengarlah rayuanku,
Maafku pada mu ikhlas,
dari hati seorang perindu.



 

Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Sunday 4 December 2011

Tuhan Sengaja Menduga





 Saat Kita Jatuh Cinta,
Kita berasa berat untuk mengatakannya,
Bila sudah pun bersua,
Tiada kata atau teguran terungkap,
Bila kita sudah bersedia mengakuinya,
Dia pula hilang dan susah nak bertemu,
Tuhan sengaja menduga kita,
Di mana kesabaran kita.
Saat kita berada jauh daripada Dia,
Perasaan rindu menebal di hati,
namun sayang kerna dia tidak mengerti,
Biarlah aku merindu sendiri,
Tanpa dirinya di sisi,
Hanya berbekalkan iringan doa,
Tuhan sengaja menduga kita,
Agar kenal erti setia.




Dan kini bila bersama,
Detik-detik bahagia mulai terukir,
namun semua hanya sementara,
Bahagia yang dulu menjadi derita,
Dia pergi meninggalkan kita,
Sendirian merawat luka,
berteman tangisan airmata,
Tuhan sengaja menduga,
Kerna ada yang lebih baik untuk kita.




Hadir pula pengganti yang baru,
Merawat luka yang berdarah dulu,
Sedang kecapi saat mesra bersama,
Kekasih lama mulai menjelma,
Menagih kasih yang lama,
Berharap untuk bersama semula,
Lalu dilema pula yang menjelma,
Tuhan sengaja menduga,
Untuk mengajar kita,
Membuat pilihan yang terbaik,





Hidup di dunia hanyalah sementara,
Hayat kita juga bukanlah abadi,
Andai Dia pergi untuk selamanya,
Jangan kita terlalu menangisi,
Tuhan sengaja menduga kita,
Supaya tabah dan sedar,
Cinta kepada Tuhan lah yang kekal selamanya.











Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!