Sunday 29 April 2012

menangis tanpa air mata :D






Sepenuh hati ini telah kau bawa
kau menghiasinya dengan cintamu
Sungguh aku tak bisa jauh darimu
kerna hati ini berpaut padamu


Seketika badai mendatang
Memecah kedamaian yang kita bina
Hanya sekelip mata berubah segalanya
Kau dan aku tak lagi bersama


Aku memaafkan perpisahan ini
Walau semua ini bukan keinginanku
Pastinya perit untuk ku terimanya
Hanya satu pintaku buatmu,
Ingatlah bahawa aku sayang padamu
Walau aku menangis tanpa air mata


Sedang hati ini ingin berbicara
Aku tak bisa jauh darimu
Namun aku tetap mencoba melupakan
Segalanya tentang kita,
Ternyata ia mengambil masa yang lama
Kerna semuanya seperti mimpi



Walau aku menangis tanpa air mata.
Kau semestinya tahu perasaanku,
Apa sekalipun yang aku lakukan,
Takkan bisa mengembalikan perhubungan kita,
Kau sudah bahagia dengan si Dia,
Yang lebih tampan dan berharta,





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Tuesday 24 April 2012

Sampai satu masa nanti :D



Aku duduk seorang diri,
Di persisiran pantai nan permai,
Ditemani dendangan angin,
Serta pukulan ombak yang berganti, 
Sejenak itu terlintas dalam pemikiran hati 
kisah kau dan aku antara cinta yang rumit 




Kadangkala kita sudah pun dekat,
tapi kita tak tahu dan tak pernah bersua,
Namun aku percaya hidup kau dan aku,
Pasti bertemu di puncak yang satu,
Ku pertaruhkan segala perasaanku padamu
Sampai satu masa nanti.






Mengapa perlu terburu-buru,
Sedangkan masa itu setia mendampingimu,
Haruskah kita bersama pada waktu kini,
Yang tak pasti lagi kekalnya hubungan hakiki,
Aku rela memilih sengsara sekarang,
Derita merindui dan menyayangi mu dalam diam,
Kerna ku tahu sampai satu masa nanti,
Akan terbit bahagia itu untuk kita,
Sampai satu masa nanti.




Maafkan aku kerna jatuh cinta padamu,
Cintaku padamu bukan kerna paras rupa,
Tapi jauh disudut hati mu turut ku rasa,
Ada suatu keserasian yang terbina antara kita,
Pastinya muncul pelangi tatkala hujan di tengah hari,
Disaat itu jualah cinta kita bersemi,
Sampai satu masa nanti.






Jangan terlalu alpa dan leka kerna cinta,
Sesungguhnya kita sudah pun memilikinya,
Cinta kepada Allah dan Rasulullah,
Cinta teragung yang tercipta,
Maka jangan lah terlalu obses dengan cinta manusia.
Sampai satu masa nanti,





Andai namamu yang tertulis untukku,
Sungguh aku bersyukur beribu syukur,
Sekalipun dirimu bukanlah milikku,
Aku terima ketentuan itu dengan pasrah dan redha,
Kerana keputusan itu yang terbaik diaturkan untukku,
Sampai satu masa nanti,






Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Tuesday 17 April 2012

Di mana Hatimu :)





Inilah akhir cintaku, 
Pengakhirnya kisah kau dan aku,
Setelah kau menjauh dari sisiku,
Sungguh ku tak bisa melupakanmu, 
tak bisa aku tanpa dirimu,



Tak pernah aku rela kau meninggalkan aku,
Tiada ku sangka engkau berubah hati,
Ku tak percaya kau pemain cinta,
Tahukah engkau betapa sakitnya
Kau bermain perasaan tanpa kasihan,



Tak pernah ku coba melupakanmu
Mengapa kau buat luka hatiku
Sekian lama aku menunggu



Kasih dimana hatimu,
Setelah bersama suatu masa dulu,
Mengukir segala kenangan lalu,
Secebis senyuman muncul di wajahku,


Apa kau buta atau kau sengaja,
Permainkanku sepertimana kau dipermainkan,
Sekian lama aku menunggu,
Oh kasih di mana hatimu,




Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Sunday 8 April 2012

rintihan seorang hamba :)



Sudah menjadi lumrah manusia tidak sempurna,
Ada sahaja dosa dan pahala yang dibuat,


Namun terkadang muncul sesuatu,
Bermain dan terus hadir dalam kotak pemikiran,
iaitu pandangan umat akhir zaman ini,
Terhadap orang yang cuba berhijrah,
Dari kurang baik kepada lebih baik.


Kita selalu dengar ayat ni


"Dah kenapa dengan dia ni,bajet bagus je?"
 "Buang tebiat ke hape?"
"Menyampahnya aku dengan dia ni"
"Hipokritlah dia tu"
" Nak menunjuklah tu konon."
"Eleh... Tak payah nak jadi munafiklah."
"Eh, dah insaf ke?"
"Biar ikhlas kalau nak berubah."
"Hati aku belum terbukak"



Tapi jarang sangat kita dengar orang kata:


"Alhamdulillah, semoga dia akan terus jadi baik."
"Baguslah kalau dia betul-betul nak berubah"
"Kalau dia betul nak berubah, kita kena tolong dia."
"Aku cemburu tengok dia berubah"
"Sampai bila aku nak terus hanyut? "



 Rasulullah SAW bersabda,

“Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibu bapanya(suasana pembesarannya) lah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi”


Fitrah merujuk kepada Islam,
Sejak lahir lagi kita sudah sah memeluk islam,
Namun sampai kita sudah mencapai kematangan,
Sudahkah kita melaksanakan segala PerintahNya,
Sampai bila kita nak hidup dalam keadaan begini,
Jauh terpesong dari Jalan yang Lurus.


Hasutan Syaitan yang menjadikan hati gelap,
Susah hati dan dengki lihat orang berubah,
kenapa pula hati boleh menjadi gelap,
Tepuklah dada tanyalah selera.
Tak guna kalau pandai,kaya dan berjaya,
Tapi tak ada keberkatan dan keredhaan Allah




Aku sendiri tidak sempurna,
Banyak juga dosa yang telah dilakukan,
Sungguh aku takut akan Hari Pembalasan,
Namun aku tersedar dan cuba untuk berubah,
Perlukah mengherdik atau menghina,
Tanpa sebarang dorongan dan sokongan.



Ayuh kawan sahutlah seruan,
Moga bermanfaat apa yang ditujukan,
Dan aku disini seorang Hamba juga,
Seringan kuman melakukan dosa,
Seberat neraca melakukan pahala,


Aku menulis berdasarkan dunia kini,
Bukan bertujuan untuk menerasakan,
Aku juga sedar bahawa aku,
Bukanlah baik seperti para ustaz,


Malah masih jahil lagi dalam bidang agama,
Tiada salahnya ku kira mengajak teman,
Bersama-sama berubah menjadi lebih beriman,
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.







Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Saturday 7 April 2012

munajat seorang hamba






Aku memanjatkan kesyukuran kepada Tuhanku,
Kerana masih lagi hidup di dunia ini,
Walau terkadang aku alpha,
Melupakan apa matlamat hidup selama ini.


Hari-hari yang mendatang,
Cabaran demi cabaran,
Masih lagi aku teguh berdiri disini,
Mengharungi dengan langkah berani,
Kerna aku yakin bahawa aku masih ada,
Pelindung dan Pendengar,
Segala rintihan dan doa,




Ya Allah Ya Rabbi,
Bukakanlah hati kami,
Menerima hidayah dan petunjukmu,
Jangan kau pesongkan kami dari jalanMu yang lurus,
Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah.



Sedarlah kita hanya menumpang,
Hidup didunia ibarat perantau,
Kejarlah ilmu selagi bernyawa,
Tunaikan segala kewajipan yang nyata,
Jauhi segala laranganNya.



Sama juga seperti aku,
Manusia biasa yang tak sempurna,
Kadang kala melakukan dosa,
Ayuh kita tersedar dari lamunan,
Bersama kita bertaubat kepadaNya.
Dan tak putus berdoa kepadanya,
Agar hidup diberkati Allah,
Tuhan pencipta langit dan bumi.




Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Friday 6 April 2012

semuanya palsu




Saban hari aku menunggumu di sini,
Ku tetap ingat segala kenangan bersamamu,
Seolah-olah kau masih ada disisi,
Bisikan kata rindu dan sayang yang lahir dari hati


Mengapa ucapkan sayang jika tidak maksudkan,
Mengapa beri harapan jika tiada ketulusan,
Apakah aku hanya sebatang pohon cemara,
Yang kau singgah tatkala tiada siapa.
Oh mudahnya kau berubah hati,



Aku hanyalah insan biasa,
Punyai perasaan dan impian,
Namun mudah kau permainkan,
Apakah aku berdosa padamu
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah aku lupakan segalanya.

Biar pergimu tanpa kerelaanku,
Namun hatiku tetap rasa syahdu,
Kejamnya kau meninggalkanku  sebegini rupa,
Kan ku  hapuskan semua kenangan bersamamu.


Hancur musnah menusuk kalbu
Sedangkan kau tahu bagaimana aku menyayangimu,
Mungkin aku bodoh dalam situasi ini,
Bodoh mencintaimu sepenuh hati,
Sedangkan kau tersenyum menikmati saat ini,



Pergilah Sepi pergilah rindu,
Aku mencari Dia yang tidak membohongiku,
Bersyukur aku terhadap Tuhanku,
Menyedarkan aku bahawasanya didunia ini,
Tiada cinta yang kekal melainkan Cinta pada Ilahi.



Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Tuesday 3 April 2012

keputusan hati




Aku tak tahu mengapa hatiku, 
Begitu berat untuk melihat wajahmu,
Aku juga tak tahu mengapa aku,
Terasa kehilangan sesuatu dalam hidupku.



Mungkinkah aku terlalu memaksa,
Atau aku yang terlalu takut,
Takut akan kehilangan dirimu,
Sehinggakan aku terus menantimu.




Cukuplah sekadar kau tahu,
Yang aku sebenarnya ikhlas cintakan kau,
Tak habis-habis aku curahkan segala, 
Perasaan yang kian bergelora,




Tapi adakah mustahil semua ini,
Untuk menjadikan kau yang halal bagiku,
 Biarkan ini jadi keputusan kita,
Aku sedari yang kita lebih selesa begini, 



Kerna sampai satu masa nanti,
Andainya hatiku masih tetap untukmu,
Dan hatimu terbuka untukku,
Pasti jua kita menyatu,
Dengan ikatan yang sah dan tulus.





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Sunday 1 April 2012

suatu yang tak pasti




Terasa Rindunya aku pada saat itu,
Padamu kasih yang selalu ku ingati,
Telah  ku cuba untuk menghubungimu 
Namun kau terus diam-membisu


Kau menyiksa hari-hariku, 
Dirimu tiada ketika aku memerlukan, 
Sedikit serpihan kasih dan sayang ,
Kerna aku menginginkan cinta yang berkekalan 


Mengapa jadinya begini, 
Di saat aku mulai mencintaimu, 
Dan segala harapan dan sayang yang kau berikan,
Adakah ikhlas atau sandiwaramu sahaja, 



Haruskah permainkan perasaan ini kasihku,
Janganlah kau menjauh dariku wahai bungaku,
Kerana kau tahu aku menyayangimu


Rindunya aku menatap wajahmu,
Walaupun engkau menyayangiku, 
Kau tetap dengan keegoanmu 


Membuatku ternanti dan terus menanti,
Akan jawapan yang tidak pasti,
Kerna ku khuatir diri sudah lali,
Dengan penamatnya permainan ini,
Lalu ku undur diri dengan hati yang sadis.



Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!