Sunday, 9 April 2017

Rindu itu Fitrah




Dan disini lagi aku kembali,
Titik permulaan segala cerita,
kisah antara kau dan aku,
Kian berlalu tanpa khabar berita.


Hari berganti hari,
Tahun demi tahun terus berlalu,
Dan tanpa diduga pertemuan kembali,
Bermula semula kisah baru,
Permulaan persahabatan kembali utuh.



Masih terlalu awal untuk akui,
Perjalanan masih lagi panjang,
Dan aku disini meniti hari,
Saat tiba berkemampuan diri ini.


Kali ini aku serik,
Mengejar sesuatu yang tak pasti,
Biarlah sejarah silam mengajar diri ini,
Dan kali ini aku yakin dan pasti,

Jika benar apa yang dirasa di hati,
Dengan izin-Nya inshaallah suatu hari nanti,
Hubungan persahabatan itu akan menjadi lebih bererti,


Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya.-Imam Syafi'i-

Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Sunday, 14 February 2016

Secebis Memori

Dalam kehidupan akan sentiasa wujud,
Ungkapan yang terkata dan ucapan yang tersimpan,
Kadang kala kita takut untuk bertindak,
Dan kerana itu juga aku masih lagi di sini.


Berkurun lama tiada kedengaran berita,
Gurau manja senyum mesra suatu ketika dahulu,
Hanya tinggal memori berlagu sepi,
Namun tidak kita tahu bahawa kita berdua,
Tidak saling melupakan,
Tapi masing-masing tidak mengerti.


Awankurnia pujaan hati,
Setelah sekian lama menyepi,
akhirnya daku memberanikan diri,
Untuk memastikan sesuatu yang tak pasti,
Adakah masih lagi aku di dalam hati.


Teringat kembali saat masih lagi serasi,
Kau dan aku sentiasa ada disisi,
susah senang pahit manis segalanya kita kongsi,
kadangkala aku berduka kau pengubat hati,
Dan disaat kau gundah gulana aku hadir,
Untuk mengukir senyuman manis di bibir.


Mengapa keputusan terburu-buru,
,Mengapa harus tergesa-gesa  menerima,
Sedangkan terpatri janji kau dan aku,
Suatu masa nanti kita kan bersatu,
Tapi sayang waktu mendahului hasrat di hati.


Di saat aku merasakan diri ini lenyap,
Mungkin tiada secebis memori,
Hanya doa yang mampu kuiringi,
Jadilah aku perindu  bayang,
Rindu tiada tempat diluah,
Hampir sahaja aku berputus asa,

Tanpa ku duga segalanya berbeza,
Anggapanku ternyata salah,


Rindu yang terus tergantung,
Kasih yang tetap kukuh,
Hakikatnya kita saling menyayangi,
Sayang tak semestinya bersama,

Jika sampai masanya nanti,
Kau sudah pun dimiliki,
Dan disaat itu akan ku undur diri buat selamanya.
Duhai awankurnia pujaan hati.





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Sunday, 9 February 2014

sekali lagi rindu :D




Terlalu lama rasanya aku menyepi,
Sehinggakan aku terlupa akan medium ini,
Berkongsi kisah suka dan duka pada yang sudi,
Kini sekali lagi aku di sini,
Meluahkan segala melodi rintihan hati.


Terkadang aku merasa kesunyian,
Terkadang pula aku rasa menjauh,
Adakah aku harus bersembunyi lagi,
Sedangkan awan itu terus berlalu pergi.


Namun ku tahu jika dirimu pergi,
Tak mungkin akan ku dapat pengganti sepertimu,
Harus aku akui yang kau begitu bererti,
Tiada mu hilanglah seri dalam diri,
Hanya kau yang membuat ku tersenyum dalam sepi.


Tertawa,terluka dan tangisan diratapi,
Semua itu memori kasih yang abadi,
Andai hilang perasaan itu di hati,
Mungkin disaat itu hatiku tlah mati.


Sungguh aku mencintaimu,
Ungkapan sayang pada dirimu,
Kerna dirimu berharga bagiku,
Ternyata betapa besarnya perkataan sayang itu,
Walau kau mungkin meragui sayangku padamu.



Mungkin kita berjauhan,
Mungkin jua aku dan kau terlalu berbeda,
Tapi aku cuba apa cara pun untuk bahagia,
Demi hubungan yang kita bina,
Terus mekar even dugaan menimpa.


Mampukah aku melihat awan itu berlalu pergi?
Berarak mengikut angin pilihan hati,
Dan aku disini ibarat dedaunan kering,
Yang hanya beterbangan tatkala angin menghembus,
Namun Terdampar di jalanan tiada berteman,


Duhai awan kurnia pujaan hati,
Dengarlah tangisan rindu diriku ini,
Seandainya kau berbahagia tanpa aku disisi,
Aku pasrah dan mengundur diri,
Walaupun hakikatnya aku tak mahu jadi begini.


Jika kau ada disisiku,
Ingin aku berbisik padamu,
Hari-hariku ku suram tanpa dirimu,
Dan izinkan aku mencintaimu dalam diam,
Bila dirimu tidak lagi mencintai diriku.


Nukilan ini bukanlah sekadar puisi,
Tetapi luahan hati untuk si dia yang ku kasihi,
Jikalau kau tanya betapa aku merinduimu,
Ku katakan dengan penuh syahdu,
Aku merinduimu selagi aku belum lagi terkaku,





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Thursday, 26 September 2013

Gelisah Jiwa





Terasa tekanan yang kian ketara,
Namun aku masih lagi cuba bertahan,
Apakah harus aku terus bertahan,
Atau berhenti di pertengahan jalan.

Seringkali mengingatkan dirimu,
Serta merta berlinangan air mataku,
Aku pun tidak tahu mengapa harus begitu,
Mungkinkah aku rindu saat bersamamu dahulu,
Segala kasih sayangmu padaku.


Namun kini kau bukan milikku lagi,
Dan mungkin penamat bagi cerita cintaku,
Apa lagi yang bisa aku lakukan,
Relakan hatiku berbicara,
Bahawa aku masih menyayangi dirimu,
Dan mendoakan kau terus tersenyum.



Kadang kala hati ini sering tertanya jua,
Mengapa dia yang kau pilih,
Tapi baru ku sedar kini apa yang berlaku,
Soal sayang dan rindu itu subjektif,
Ada masanya kita harus melepaskan,
 Sesuatu yang berharga demi kebahagian orang lain,
Dan istilah yang paling sesuai mungkin berkorban.



Tiba masanya untuk kau aku lupakan,
It is not that hard, It is just i dont want to,
Biarpun masa terus berlalu,
Kau dan aku di ketika itu tetap lagi di situ,
Walau aku tahu itu semua hanyalah memori.



Pergilah sayangku jangan kau bersedih,
Senyumlah pabila bersama dan jangan kau lupa,
Lupakan semuanya tentang kita,
Kerna aku masih lagi pegang pada kata-katamu,
"Kalau ada jodoh ada lah,jangan risau saya tak kemana".



Jadi aku memiih untuk menyepikan diri,
Membunuh perasaan suka,rindu dan benci,
Biarlah hati ini diluka dan dihiris,
Asal aku tetap setia menanti dirimu,
Setiap masa melihat dan merenung awan,
Awan yang selalu membuatkan aku tenang,



Biarpun langit tak sentiasa cerah,
Tetap aku tunggu dikau muncul semula,
Menghiasi diriku ini semula.
Jangan terus menyepi,
Awan kurnia yg indah berseri. 










Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Monday, 26 August 2013

Salahkah aku?






Sunyi diri ini ku rasakan,
Tanpa gurauan berkasih yang diigaukan,
Ibaratkan musafir di perantauan,
Tiada hala tuju yang menjadi pedoman,

Hampir aku terleka sejenak,
setelah sekian lama membawa diri,
Hingga muncul persoalan di hati,
Sampai bila aku mahu jadi begini.


Mungkin kita terlupa bagaimana rasanya cinta,
Andai rasa dan perasaan itu membahagiakan,
Kenapa perlu ada yang menderita,
Kenapa harus ada yang terluka,
Sedangkan tulus hati menyayangi.


Kadangkala kita harus menafikan diri,
Daripada meluahkan dan mengungkapkan rasa,
Soal sahabat dan peneman hati,
Sedarlah kita mana permata dan mana duri.


Biarpun kita menyayangi sepenuh hati,
Kenapa selalunya niat itu diragui,
Mungkin kisah silam yang menghantui,
Tapi adakah adil untuk kita menilai,
Seseorang melalui masa lampau itu sendiri.



Dalam kita bergurau dan bermesra,
Tanpa sedar kita boleh jatuh cinta,
Tapi lebih sakit lagi yang dirasa,
Pabila berani untuk meluahkan ucapan sayang,
Diri yang ditinggalkan terkapai-kapai.


Salahkah seorang insan untuk jatuh hati,
Walaupun mungkin berbeza taraf dan kehidupan,
Sedangkan perasaan itu lahir dari hati,
Biarpun diri ini jahil dan tidak sempurna.




Mencintaimu anugerah bagiku,
Merinduimu adalah suatu ketenangan bagiku,
Namun setelah kau pergi menyepi,
Hati ini mungkin telah mati,


Tidak lagi ada rasa yang dapat diekspressi,
Suka sayang dan benci..
Hinggakan aku masih lagi meratapi kesedihan sendiri,
Walaupun hakikat yang pasti aku hanyalah boneka,
Teman bermain dikala bosan,
Barang yang kau campak bila kau sudah berteman.


Hadirlah rindu walaupun ianya pedih,
Tabahlah hati walau kenyataan kau masih lagi menanti,
Walau apa pun yang berlaku biarkan ia berlalu,


Im sorry that i love you,
Even i knew that it wont be true,
Im sorry that i miss you,
Meskipun cuma seketika,
Cukup untuk buatku terus tertawa.








Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Thursday, 6 June 2013

dalam diam :)


Lama sudah tidak aku mengarang,
Terlalu sibuk dengan duniawi,
Namun terdetik di hati ingin berpuitis,
Seperti biasa aku meluahkan rasa.


Its been too long since the first time,
Aku mengenalimu secara tidak sengaja,
Bukan paras rupa yang menjadi tarikan,
But Your smile is the one that attract me,
Ive been missing you since that moment.



Hari malam ku yang sepi,
Selalu saja diisi dengan mengushamu,
Im not usually stalk someone,
But its you the only one,
You dont know how much that i missed you.




Mungkin bagi kau ucapan rindu tu tak bermakna,
Langsung tiada getaran dalam jiwa,
Namun bagiku ianya satu kelegaan,
To show you how much that i love you.



Kadangkala tidur ku tak lena,
Masalah demi masalah pula yang datang menjelma,
Tapi aku menemui ketenangan dalam pejaman mataku,
Yang hanya aku gambarkan adalah dirimu,
Permaisuri yang bakal aku sunting untuk menjadi peneman hidupku.



Eventhough its just a dream,
That u and me are holding hands,
Berbicara mengenai masa depan,
Saling mengungkap ayat-ayat syahdu,
Sehinggakan terasa terawangan di syurga,



Pabila epilog rindu mulai berderu difikiran,
Lantas aku mendongak merenung awan,
Disitu aku mencapai suatu ketenangan,
Yang telah lama aku lupakan dek kesibukan alam.




Duhai awan duhai langit,
Sampaikan salam rinduku kepada dirinya,
Walaupun mungkin aku ini dilupakan,
Semoga aku tetap di dalam ingatan.


its been too long,
I want you to know how much i missed you,
saying that i love you,
Dengan seikhlas hati tanpa ragu,
agar kau berasa bertuah untuk memiliki aku,



Hadirlah wahai puteri dalam mimpiku,
agar dapat kita bersua selalu,
walau hakikatnya mungkin aku yang rapuh,
namun teguhnya kenangan kita tetap menjadi mercu.




Dalam diam aku mencintaimu,
Dalam diam aku merinduimu,
Dan andai bukan jodoh kita tuk bersatu,
Dalam diam juga aku menjauh darimu,
Dalam diam akan ku hapuskan rindu,
Meski ku tahu dalam diam juga aku yang terluka.





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Friday, 8 March 2013

hanya ingin kau tahu :)




Haruskah kita untuk miliki,
Rasa indahnya pabila bersama,
Do we have to argue,
whenever we misunderstood,
walaupun hati merajuk ,
Percayalah yang aku kan memujukmu.




Sekalipun kau mengerti,
Sekalipun kau fahami,
That my days are incomplete without you,
Aku hanya ingin kau tahu,
Bahawa kau penyeri dalam hidupku.
Walaupun semua itu bagaikan fantasi,




hanya ada dalam mimpiku,
andai perasaan itu hanya ada dalam anganku,
I wont let you alone without me by your side,
Coz i dont usually care about someone,
when i do,its you.






Have you answered my question?,
Do you understand what is it,
to be loved or being n love?
Percaya padaku duhai dewi,
Bila mana dua hati menjadi satu,
Dan hati mulai saling merindu,
Kau akan rasakan apa yang aku rasa.





Memang lelaki bermulut manis,
Cukup manis untuk mencairkan gadis,
Tapi harus kau sadari,
When a man are willing to be with you,
Saying that i love you and kept missing you,
Trust me,He do loving you




THERE'S AN EIGHT LETTER IN THREE WORDS THAT WE SHOULDN'T PLAYS WITH,

I LOVE YOU.

note that you should remember,
LOVE is not just a word,ianya sebuah anugerah.
and i always have a dream,
to be with a girl who said..





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Sunday, 3 March 2013

its all about final =="





Terasa  cepat sangat ni masa berlalu,
Aku dah tak tahu nak wat camne agy,
Mungkin topik kalini agak terpesong,
Daripada jiwang lara kepada entah apa-apa,




Aku cuma ingin menyatakan kerisauan,
Kerisauan dah nak Final Exam.
Sebab banyak lagi sylibus x habis,
Then macam tak paham je apa yang belajar.
ohoooii..acano nii..




Dan kalini aku tak nak lagi kecundang,
Maklumlah dah buat perjanjian ngn my only Hero,
Abah ku sayang,.
Eceh,yelaa,anak mana yang tak sayang ayah kan.




So,For this sem i'm not gonna target Dean list,
Coz agak macam tak leh je,
karang target setinggi gunung,tapi hasil macam hare,
Jadi,just ukur baju badan sendiri dan cuba yang terbaik,
apa yang aku  harapkan dapatlah lulus dengan jayanya.



Terkadang rasa jugak malas nak berlajar,
Tertanya-tanya bila nak habis study,
kerja,,dan kawenn,.
Kawen tu yang tak sabo tu,haha.
Belajar tak habis nak fikir pasal kawen,
Jangan harap laa..




Btw,for those students yang sama gak,
Diambang-ambang exam ni..
Chill out and dont freak out okay,
Study smart,dont get lazy too much,
Let's Pray for our success together,
Semoga kita dapat result yang diinginkan,
Amin.





Sampai disini saja for this time, adios :)



Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Thursday, 14 February 2013

egokah kita :)




Dah telah lama rasanya aku menyepi,
Terlalu sebak hati ini menahan,
Akan jua aku luahkan,
As the usual ways im writing,
Luahan aku berlagu syahdu dan mendamaikan,




Sebenarnya aku ingin mengungkapkan rasa,
Tapi mengapa slalu  saja tidak berkesempatan,
sebenarnya aku merasakan kehadiran rindu,
Sometimes im feeling so lonely,
Its hard to describe by words,
Meski aku dapat merasakan engkau jua begitu,




I've tried to express my feelings to you,
Sebagai hadiah untuk dirimu yang satu,
Jangan pula kau salah tafsirkan,
Kerna niatku ikhlas hanya untuk menyatakan,
Betapa dalamnya kerinduan ingin aku ungkapkan,





Sujudku munajatku tunduk padaMu Tuhan,
Aku mesyukuri kehadrat limpahan KurniaanMu,
Tersahut doa ku dalam diam-diam,
Dia datang kembali menyerikan kehidupan,
And keep making me happy and laugh,
Even im not in the mood to do so.




There's a moment when im wondering,
why do i always missing you,
Terlalu terasa kekosongan tanpamu,
And then aku yakin bahawa kau,
Tetap akan kembali walaupun lama mana,
Because you n me are meant for each other,



Konklusi yang ku dapati,
Segala perasaan yang terpatri,
Hanyalah satu yang mampu ku ungkapi,
Kau dan aku terlalu ego,
Too ego to admit,
Yang kita berdua saling mencintai.






Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Tuesday, 22 January 2013

just a whisper :)





Dengarkanlah sayangku,
aku ingin berbicara,
there is something i wanna tell you,
i think you already knew.


its been a long time,
sejak kita bersua dan saling bergurau-tawa,
but aku dapat rasakan,
macam semua tu masih  lagi ada,
masih segar dalam ingatan.


sayu hati pabila teringat,
orang yang pernah kita sayang,
kini telah pun dimilik orang,
and looks happier than with us,
its hurt deep inside.



do you believe in love?
jikalau kau tujukan soalan itu padaku,
it is obviously yes i do,
dan aku percayakan pada jodoh,
if you are meant to be with each other,
have faith and give some effort.


Tak perlu terburu-buru untuk memiliki,
andai sunyi melanda di hati,
utuskanlah doa buat kekasih itu,
agar dia juga rasa apa yang kita lalui,


mungkin juga kau tidak akan aku miliki,
but you should remember that,
the most precious treasure i had,
is the memories between us.



Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Tuesday, 1 January 2013

dedicated to you :)


Baby come here and sit down, let’s talk
Terlalu banyak yang aku ingin katakan
Saying that I love you,
But you already know i do


I swear it’ll only take a minute
You’ll understand when I finish
Aku mengerti akan perasaan kamu
Even so, dengarlah rintihan hatiku



You just don’t know? do you?
Perasaan dimana semuanya nampak tak kena
Seolah-olah masa berlalu dengan perlahan
Adakah aku yang terhanyut mencintai dia
Sedangkan dia tidak ada perasaan yang sama



 it’s not you, it’s me
I gotta figure out what I need
and i think i have found it
Aku hanya perlukan kamu.



Kau sering tertanya pada diri
 “Why? Why? ”
Why am I falling for you?
But trust me, girl I never
Meant to crush your world
And I never wanna let you go


Biarpun sepuluh tahun lagi,
Aku harus menunggu,
Aku rela menyendiri sehingga kau hadir,
Together forever you n me.





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Sunday, 9 December 2012

Because i miss you :)



Kita mungkin berpijak dibumi yang sama,
Merenung bulan yang sama,
Berjalan dibawah sinaran mentari yang sama,
Yang berbeza kini cuma dirimu tiada disisi.

I thought i can let you go,
Delete all the memories we had together,
Cuba menjadi orang asing tatkala bersua,
But its hard to do it,
Coz i know i still haven't been able to let you go.



setiap saat yang mendatang menjadi igauan,
i kept  thinking and thinking of you,
sejujurnya aku merindukan kamu,
I just wanna call out your name,
and looks at your smiles toward me,
Dan itulah kebahagiaan yang aku cari.



Meniti hari demi hari,
seolah-olah separuh jiwaku pergi,
I just wanna say that i miss you,
im sorry for not to tell you that i love you too,
even the fact that you already know that i do,
Cuma aku yang bodoh tidak mengakui.



Can you hear me? 
could you able to hear my late confession?
and do you wanna know what is my wish?
let me tell you even it doesnt means anything.


i wish that you will like me again,
Seperti mula-mula kita berkenalan,
Dan aku takkan biarkan ucapan yang kau nantikan, 
i dont  give a damn if you dont care,
Please just accept the fact,
Hanya aku cinta kau seorang,

i dont have any reasons to give,
tapi hanya satu alasan yang aku tahu,
It is because i miss you!



Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Wednesday, 5 December 2012

Cara Mendidik Anak :)

Anak anugerah yang paling berharga,
Dialah teman dikala kekosongan,
Dia juga tempat kita menyalurkan kasih sayang,
bukan aku menulis kerna aku gatal,
Tapi hanya ingin menyampaikan,
Suatu pesanan daripada Sahabat Nabi S.A.W,


Dan pesanan daripada Saidina Ali A.S,
Didiklah anak-anakmu dengan cara yang berbeza setiap tahun,
persoalan yang timbul kini bagaimana?
Jadi,luangkanlah sejenak untuk membaca,
Moga bertambah pengetahuan dan ilmu saudara sekalian,


7 tahun pertama:

Berikan dan ajarkanlah mereka tentang kasih sayang,
Manjakanlah mereka dengan kelembutan dan rasa cinta,
Belailah mereka penuh dengan keikhlasan,
Jadikanlah mereka nyawa dalam kehidupan.


7 tahun kedua:

Berlakulah tegas dengan mereka,
Didiklah dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan,
Tunjukkan mereka contoh teladan yang murni,
Sentiasa memberi mereka ruang untuk memahami,
Maafkanlah mereka andainya mereka mengingkari,
kerna mereka masih mentah dalam kehidupan hakiki.


7 tahun ketiga:

Berkawanlah dengan mereka,
sentiasa peka dan ada di saat mereka memerlukan,
Perbanyakkan perbicaraan dan mengemukakan pendapatan,
Mereka sudah mampu berfikir dan bertoleransi,
Jadilah peneman mereka yang setia,
Agar mereka tidak hanyut mengikut kawan yang berakhlak cela.



Pesanan ini hanyalah renungan bersama,
untuk bersama sedar dan mengambil manfaat,
semoga insan yang bakal mengemudikan bahtera mereka sendiri,
menjadi muslim dan muslimat yang berintegriti dan mulia,
Insyaallah.



Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!