Monday, 26 August 2013

Salahkah aku?






Sunyi diri ini ku rasakan,
Tanpa gurauan berkasih yang diigaukan,
Ibaratkan musafir di perantauan,
Tiada hala tuju yang menjadi pedoman,

Hampir aku terleka sejenak,
setelah sekian lama membawa diri,
Hingga muncul persoalan di hati,
Sampai bila aku mahu jadi begini.


Mungkin kita terlupa bagaimana rasanya cinta,
Andai rasa dan perasaan itu membahagiakan,
Kenapa perlu ada yang menderita,
Kenapa harus ada yang terluka,
Sedangkan tulus hati menyayangi.


Kadangkala kita harus menafikan diri,
Daripada meluahkan dan mengungkapkan rasa,
Soal sahabat dan peneman hati,
Sedarlah kita mana permata dan mana duri.


Biarpun kita menyayangi sepenuh hati,
Kenapa selalunya niat itu diragui,
Mungkin kisah silam yang menghantui,
Tapi adakah adil untuk kita menilai,
Seseorang melalui masa lampau itu sendiri.



Dalam kita bergurau dan bermesra,
Tanpa sedar kita boleh jatuh cinta,
Tapi lebih sakit lagi yang dirasa,
Pabila berani untuk meluahkan ucapan sayang,
Diri yang ditinggalkan terkapai-kapai.


Salahkah seorang insan untuk jatuh hati,
Walaupun mungkin berbeza taraf dan kehidupan,
Sedangkan perasaan itu lahir dari hati,
Biarpun diri ini jahil dan tidak sempurna.




Mencintaimu anugerah bagiku,
Merinduimu adalah suatu ketenangan bagiku,
Namun setelah kau pergi menyepi,
Hati ini mungkin telah mati,


Tidak lagi ada rasa yang dapat diekspressi,
Suka sayang dan benci..
Hinggakan aku masih lagi meratapi kesedihan sendiri,
Walaupun hakikat yang pasti aku hanyalah boneka,
Teman bermain dikala bosan,
Barang yang kau campak bila kau sudah berteman.


Hadirlah rindu walaupun ianya pedih,
Tabahlah hati walau kenyataan kau masih lagi menanti,
Walau apa pun yang berlaku biarkan ia berlalu,


Im sorry that i love you,
Even i knew that it wont be true,
Im sorry that i miss you,
Meskipun cuma seketika,
Cukup untuk buatku terus tertawa.








Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!