Monday 27 August 2012

hadirmu disisi :D




Perasaan bukan permainan,
Hadirnya pula tidak dijangka,
Kadang ia kelam dan kadang ia nyata,
Apa yang pasti hadirnya perasaan,
Untuk selamanya.


Hati ni dah lama tertutup,
Dilukai dipermain bagaikan rutin,
Pudar sudah segala kepercayaan,
Terhadap insan yang kita pernah sayang,
Sehingga fobia untuk meneruskan.


Jangan mudah untuk percayakan orang,
Belum pasti luhur segala yang diucapkan,
Diri ini juga sudah terlalu rapuh,
Tak sanggup rasanya untuk jatuh semula,



Semua berubah kerna hati,
Sekeras mana pun ia kan lembut jua,
Harapan kan muncul tatkala dalam kelam,
Dan terasa aku kini semangat yang baru,
Kerana dirimu mengubah persepsiku.


Hadirmu seperti pelangi,
Menghiasi alam selepas hujan,
Sungguh aku terpikat dengan senyumanmu,
Malah keperibadianmu yang menyentuh hatiku.



Bukan ku hendak memaksa,
Aku ingin lagi mengenalimu,
Kerna aku percaya suatu hari nanti,
Mungkin engkau yang terbaik untukku.


Terdapat kisah hitam yang memilukan,
Persamaan antara kita,
Anggap itu sebagai mimpi igauan,
Yang harus bersama kita hindarkan.


Terima kasih kerna hadir dalam hidupku,
Kau bersinar menerangi kegelapan,
Mengisi hati ini yang lama sudah tiada perasaan,


Biarlah bermulanya perkenalan ini sebagai kawan,
Biarlah Tuhan yang menentukan,
Dan kita merancang serta melaksanakan,
Agar bisa kita kenali isi hati,



Susah dan senang bakal ditempuhi,
Antara kau dan aku,
Sebagai kawan yang serasi,
Atau mungkin menjadi kekasih sejati,
Suatu masa nanti.

Duhai awan janganlah kau menyepi,
Jangan marahkan hujan mahupun matahari,
Kerna semuanya Kurniaan Illahi,
Awan kurnia pujaan hati.





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Sunday 12 August 2012

Perempuan kena tahu



Apa Yang Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan



1. Kejujuran

Seorang lelaki  ingin pasangan yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka 
inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang kamu zahirkan. Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah kamu yang diangkat sang jejaka. Oleh itu sedikit tip untuk gadis ialah sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati kamu. Baik jujur daripada kamu yang sakit hati.
 
2. Hubungan Bebas Manipulasi


Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan. Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang kamu terhadapnya.
 
3. Berdikari


Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki. Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut melambangkan identiti tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur dalam membuktikan kamu jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.
 
4.Dinamik,Bertanggungjawab & Matang


Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi.Mereka juga mahukan seorang gadis yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri,bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi. Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.
 
5. Komitmen & Kesetiaan


Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain. Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.
 
6. Pandai Memujuk


Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji,lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis mampu mencairkan hatinya.Ingatlah lelaki ni seorang manja apabila bersama dengan pasangannya.





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Friday 3 August 2012

mengertilah :D




Sudah terlalu lama aku menyepi,
Tanpa sebarang berita mahupun khabar,
Terlalu banyak jawapan yang tak pasti,
Dan sekali lagi aku masih di sini.



Segala rintihan hanya diri yang mengerti,
Betapa engkau amat berharga disisi ini,
Walau dalam lena tetap ku rasakan,
Betapa hangatnya kasih dan sayang yang engkau berikan,




Dalam senyum dan tawa tersimpan kesedihan,
Dalam gurauan juga  ada tangisan ,
Mungkin  engkau yang tidak mengerti,
Akan situasi sekarang ini,
Kerna tak pernah sesekali kau coba selami,
Hasrat dan permintaan hati.




Bila mana bulan mulai memunculkan dirinya,
Sang mentari pula yang menghilangkan diri,
Sepertinya mereka tidak mungkin bersama,
Namun tetap wujud dalam alam yang sama.



Adakah kau dan aku jua begitu,
Tetap jua tak bersua dan memahami,
Walhal kita saling menyayangi dan melengkapi,
Pergilah segala rindu yang menebal di hati,
Kerana kau harus dimiliki oleh orang yang kau cintai.




Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!