Sunday 9 February 2014

sekali lagi rindu :D




Terlalu lama rasanya aku menyepi,
Sehinggakan aku terlupa akan medium ini,
Berkongsi kisah suka dan duka pada yang sudi,
Kini sekali lagi aku di sini,
Meluahkan segala melodi rintihan hati.


Terkadang aku merasa kesunyian,
Terkadang pula aku rasa menjauh,
Adakah aku harus bersembunyi lagi,
Sedangkan awan itu terus berlalu pergi.


Namun ku tahu jika dirimu pergi,
Tak mungkin akan ku dapat pengganti sepertimu,
Harus aku akui yang kau begitu bererti,
Tiada mu hilanglah seri dalam diri,
Hanya kau yang membuat ku tersenyum dalam sepi.


Tertawa,terluka dan tangisan diratapi,
Semua itu memori kasih yang abadi,
Andai hilang perasaan itu di hati,
Mungkin disaat itu hatiku tlah mati.


Sungguh aku mencintaimu,
Ungkapan sayang pada dirimu,
Kerna dirimu berharga bagiku,
Ternyata betapa besarnya perkataan sayang itu,
Walau kau mungkin meragui sayangku padamu.



Mungkin kita berjauhan,
Mungkin jua aku dan kau terlalu berbeda,
Tapi aku cuba apa cara pun untuk bahagia,
Demi hubungan yang kita bina,
Terus mekar even dugaan menimpa.


Mampukah aku melihat awan itu berlalu pergi?
Berarak mengikut angin pilihan hati,
Dan aku disini ibarat dedaunan kering,
Yang hanya beterbangan tatkala angin menghembus,
Namun Terdampar di jalanan tiada berteman,


Duhai awan kurnia pujaan hati,
Dengarlah tangisan rindu diriku ini,
Seandainya kau berbahagia tanpa aku disisi,
Aku pasrah dan mengundur diri,
Walaupun hakikatnya aku tak mahu jadi begini.


Jika kau ada disisiku,
Ingin aku berbisik padamu,
Hari-hariku ku suram tanpa dirimu,
Dan izinkan aku mencintaimu dalam diam,
Bila dirimu tidak lagi mencintai diriku.


Nukilan ini bukanlah sekadar puisi,
Tetapi luahan hati untuk si dia yang ku kasihi,
Jikalau kau tanya betapa aku merinduimu,
Ku katakan dengan penuh syahdu,
Aku merinduimu selagi aku belum lagi terkaku,





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!