Sunday 14 February 2016

Secebis Memori

Dalam kehidupan akan sentiasa wujud,
Ungkapan yang terkata dan ucapan yang tersimpan,
Kadang kala kita takut untuk bertindak,
Dan kerana itu juga aku masih lagi di sini.


Berkurun lama tiada kedengaran berita,
Gurau manja senyum mesra suatu ketika dahulu,
Hanya tinggal memori berlagu sepi,
Namun tidak kita tahu bahawa kita berdua,
Tidak saling melupakan,
Tapi masing-masing tidak mengerti.


Awankurnia pujaan hati,
Setelah sekian lama menyepi,
akhirnya daku memberanikan diri,
Untuk memastikan sesuatu yang tak pasti,
Adakah masih lagi aku di dalam hati.


Teringat kembali saat masih lagi serasi,
Kau dan aku sentiasa ada disisi,
susah senang pahit manis segalanya kita kongsi,
kadangkala aku berduka kau pengubat hati,
Dan disaat kau gundah gulana aku hadir,
Untuk mengukir senyuman manis di bibir.


Mengapa keputusan terburu-buru,
,Mengapa harus tergesa-gesa  menerima,
Sedangkan terpatri janji kau dan aku,
Suatu masa nanti kita kan bersatu,
Tapi sayang waktu mendahului hasrat di hati.


Di saat aku merasakan diri ini lenyap,
Mungkin tiada secebis memori,
Hanya doa yang mampu kuiringi,
Jadilah aku perindu  bayang,
Rindu tiada tempat diluah,
Hampir sahaja aku berputus asa,

Tanpa ku duga segalanya berbeza,
Anggapanku ternyata salah,


Rindu yang terus tergantung,
Kasih yang tetap kukuh,
Hakikatnya kita saling menyayangi,
Sayang tak semestinya bersama,

Jika sampai masanya nanti,
Kau sudah pun dimiliki,
Dan disaat itu akan ku undur diri buat selamanya.
Duhai awankurnia pujaan hati.





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!