Wednesday 26 October 2011

Kau Aku dan Facebook


Cinta itu indah,
Penuh dengan warna warni,
Macam askem paddlepop tuh..


so,the story start here.....




Facebook,haha..x sangkakan kita bekenalan kat dalam ni.Yelah,kau punyalah HotSetap kan,nak pribet2 segala..siap tulis kat info tuh,Wall-to-Wall only..peh,bapak kerek seyh..Memang keje aku dok kutuk2 kau je la kan.tah kenapa tah,So,aku saja add kau.(kot2 la ada chance)..Orang kata,"Jangan terlalu bencikan seseorang,Kerana perasaan benci itu akan menjadi sayang"..guess what,mende ni betul.HAHA..



Mula lah kita berchating.Hah,starting layan macam nak x nak je,ape lagi,ibarat ahli politik berpidato,Hamek kau,segala ayat berbunga-bunga kembang harum mekar setaman kua..Ahah,ada respon..hehe,,Jadi,agak baru2 la jugak kita bekenalan,wow,aku tekejut bila kau yang ajak aku kua,mintak teman kau keluar dengan kawan kau.. (=..=") ...Alasan kau macam x cukup kreatif jer~haha..nevermind,aku layan je...HAh,dalam pale otak aku da macam2 pekara da aku pikir nak tanye kau nanti,so,x da la kekok...Tapi..




Aduhainyapun,,kalau angin lalu pun boleh dengar..Tak pe lah,Biasalah mula2 jumpa..Lagipun aku dengan kau pun kawan je kot~~








Fishcake!!haha..kau dapat tahu BF kau Curang ngan kau..so,aku ape lagi....aku  cuba tenangkan kau..Punyelah panas aku dengar rintihan kau..Kau cakap kau sayang dia lah,itulah inilah..euwwww...lalalalla.





Kau ajak aku jumpa kau..Aku kutuk2 caci maki BF kau depan2 kau..ingat kau makin okeyh..Hah..Pang,amek kaw kene lempang..kau marah aku kau cakap kau benci aku!!So,aku...







aku tak dapat nafikan yang aku sukakan kau.aku nak kau gembira selalu,tanpa setitis air mata pun,mungkin aku tak lah berharta ataupun hensem,tapi aku cintakan kau setulus hati,semua tentang kau menarik bagi aku,
mungkin hati kau belum terbuka lagi untuk aku sebab baru saja dilukakan,hanya satu yang aku mintak.."Izinkan aku menjadi Plaster tuk Menampal luka Kat Hati kau"..kau terus tersenyum..dan senyuman itu yang aku takkan lupakan..

Dan,







The End                                                

Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Saturday 15 October 2011

Ada Apa Dengan Cinta


Fall in love..
semuanya nampak indah,
takde pon sebarang keburukan
yang nak diperkatakan,


Bertemu..
mata bertentang mata,
hatipun rasa luar biasa,
hingga terbit rasa cinta.


Mesra..
ucapan kata-kata manis,
membuat si dia terus tergoda,
Oh indahnya cinta pandang pertama.



Bergaduh..
Lumrah dunia yang biasa,
namun hakikatnya hanya ingin bermanja,
tapi kedua-duanya keras kepala.



Berpisah..
bila hati sudah berubah,
apa yang dibuat semuanya salah,
terjadi bila dua-dua tak nak mengalah.



Rindu..
saat bersama satu ketika dulu,'
mengulit kenangan mesra lalu,
ketika bermadu di bawah cahya bulan.




Sedetik,
masa semakin berlalu,
sukar melupakan dan melepaskan,
hakikat pasti cinta itu pengorbanan.



Cinta,
mudah untuk fall in nya,
namun sukar untuk melupakan,
sangat indah bila bahagia,
sangat memilukan bila tak lagi bersama.




Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Friday 14 October 2011

Derita Merindu~~euuww~~




   Dan aku telah cuba sedaya upaya,
untuk melupakan dirimu,
namun aku tak termampu,
  bayangan wajahmu sentiasa difikiranku,



Tidak mungkin sesekali aku membencimu,
Kerna setiap detik aku merinduimu,
semakin diriku mencintaimu.


Mungkin esok ataupun lusa,
kau akan melupakan aku,
Namun akan ku biar tiada penggantimu,
Sampai di hari kau buka pintu hati untukku.





Seandainya kau berada di depan mata,
tubuhku akan terdiam kaku,
rasa bersyukur dapat melihat raut wajahmu,

TETAPI,
Hakikat yang pasti,
belum tentu kau mahu bertemu,
apalagi memandangku sebelah mata,
tergamak kau mainkan perasaan,
begitu mudahnya kau ucap selamat tinggal.


Derita seorang perindu tiada siapa yang tahu,
Segala yang berlaku bukan kehendak kita,
Lagipun tak guna kalau bahagia,
hanya untuk sementara waktu,

AKU RELA MEMILIH DERITA MERINDUIMU!





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Tuesday 11 October 2011

stalk bila rindu,kemaafan ku rayu

Awak ,
saya selalu nampak awak online kat facebook ,
tapi,awak tak penah nak tegur saya ,
saya tegur awak,tapi macam x da respon je ,
Tahulah saya bukan Hotsetap macam awak .



siapalah saya tuk berfalsafah kan ?
cuma seorang insan biasa,yang punyai rasa kasih dan cinta ,
pada seseorang yang disukai ,
dan menyedarkan teman2 akan usul diri .







And i know that u are break-heart

Setiap manusia x lari dari kesalahan ,
Dan siapa kita untuk tidak memaafkan ?
apa yang tersirat mungkin x dapat dinyatakan ,
tapi apa yang penting ialah kemaafan .






Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Sunday 2 October 2011

kisah dua hati..:)






I Love You .  pekataan uh terlalu besar maknanya taw..


Awak,saya ingat lagi waktu sekolah dulu,
awak memang kerek , tapi saya suka ,
kita satu kelas ,saya selalu usha awak ,
Tapi awak tak tahu.


Awak , saya sayang awak!
kalaulah boleh saya ucapkan camtu kat awak ,
tapi saya malu , 

             awak pecayakan cinta pandang petama x?
saya pecaya, sebab tulah saya nak selalu dengan awak,
awak pandai,jadi saya kenelah belaja betol2,
baru dapat sama2 masuk U,


awak tahu x ,saya slalu stalk profile pesbuk awak,
selalu taw,tengok gambar awak,wall awak,
saya dapat no. tepon awak,
tapi saya takut nak kacau awak,


sampailah satu saat tu,saya beranikan diri,
saya jumpa awak,
saya cakap kat awak yang saya ada penyakit,
waktu tuh muka awak kerisauan,


awak risaukan saya,
saya bagitahu awak yang saya 
ada penyakit Kritikal Mencintai Kamu,
saya malu , trus larikan diri,


Tapi,awak kejar saya , awak pegang erat tangan saya,
awak tenung saya dan awak katakan yang
awak pun cintakan saya,
OMG!macam x pcaya kan?
x sangka awak pun menyestalk saya juga,
saya sayang awak sangat2,


Kita sangatlah mesra,
saya paham awak,awak paham saya,
tapi,sekarang,mesti awak perasan saya dah berubah,
saya da jarang berhubung ngn awak,
sebab kita x selalu jumpa,



Awak x nak gaduh2 ngn saya,
tapi saya sengaja cari pasal,
awak tahu kenapA?
sebab saya nak bermanja ngn awak,
saya x tahu kenapa,
saya dapat rasakan yang awak makin jauh,
saya x nak kehilangan awak.
                

kita begaduh,pastuh awak terus merajuk,
saya rindukan senyuman awak,
suara awak yang manja,
saya nak tutup buku baru,bukak buku lama,
saya nak saat2 kita mesra dulu kembali berulang,
saya x pandai nak pujuk awak,
awak jangan lah camni,



Awak terus hilang camtu je,saya cuba cari awak,
saya pergi ke taman yang menjadi saksi cinta kita,
saya mengelamun,terkenang bisikan cinta awak,
saya melintas jalan,saya x perasan ada kereta,
semua bermula disini,


saya jadi cacat,x nampak dunia,
tapi,saya amat terkilan sebab 
x nampak raut wajah awak lagi,
awak hilang kemana?
saya perlukan awak!!


Saya bencikan awak!
awak x sayangkan saya langsung!
awak tinggalkan saya lepas saya jadi cacat!
saya bencikan awak!


Doktor cakap ada penderma,
mata saya boleh pulih seperti biasa,
dia cakap penderma 2 sangat lah baik,
dia selalu cerita pasal kekasih dia,
betapa dia sayangkannya,


saya dah dapat melihat dunia semula,
tapi saya terkejut ada orang yang memegang erat tangan saya,
siapa lelaki ni?
tapi,ada satu perasaan yang sangat mesra,seolah2 da lama kenal.
dia cakap mintak maaf pada saya,
saya sangat lah pelik,


saya tenung dia lama2,dialah penderma tu,
doktor cakap,dia hidup dah x lama,
sebab dia ada penyakit,
tiba2,dia bersuara,


Saya sayangkan awak,
x terniat dalam hati saya tuk tinggalkan awak,
saya x nak awak sedih,sebab tu saya diamkan diri,
dan sekarang,masa saya dah nak sampai,
sebelum saya pergi,saya nak bgtahu awak,
awaklah insan saya saya cintai selama saya hidup.


pegangan tangan yang erat tadi menjadi longgar,
awak!!kenapa awak x bagitahu saya semua ni?
saya sayangkan awak,kenapa awk pergi dulu?
saya bodoh sebab berprasangka buruk dan meragui cinta kita,




andai dapat undurkan masa,
saya x kan biarkan walaupun sedetik berlalu 
tanpa awak di sisi saya,

Sekarang saya bebetul2 kehilangan awak,
walaupun awak jauh disana,awak tetap di dalam aty saya,
saya cintakan awak,




terima kasih wat hidup saya warna warni macam pelangi.
Satu hari nanty,kita mesti jumpa lagi,
awak tunggu saya taw?jangan nakal2.

Bertemu Kita Di Dalam Mimpi Indah!!
I LOVE YOU SO MUCH










Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Saturday 1 October 2011

I miss You



Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!