Thursday 26 September 2013

Gelisah Jiwa





Terasa tekanan yang kian ketara,
Namun aku masih lagi cuba bertahan,
Apakah harus aku terus bertahan,
Atau berhenti di pertengahan jalan.

Seringkali mengingatkan dirimu,
Serta merta berlinangan air mataku,
Aku pun tidak tahu mengapa harus begitu,
Mungkinkah aku rindu saat bersamamu dahulu,
Segala kasih sayangmu padaku.


Namun kini kau bukan milikku lagi,
Dan mungkin penamat bagi cerita cintaku,
Apa lagi yang bisa aku lakukan,
Relakan hatiku berbicara,
Bahawa aku masih menyayangi dirimu,
Dan mendoakan kau terus tersenyum.



Kadang kala hati ini sering tertanya jua,
Mengapa dia yang kau pilih,
Tapi baru ku sedar kini apa yang berlaku,
Soal sayang dan rindu itu subjektif,
Ada masanya kita harus melepaskan,
 Sesuatu yang berharga demi kebahagian orang lain,
Dan istilah yang paling sesuai mungkin berkorban.



Tiba masanya untuk kau aku lupakan,
It is not that hard, It is just i dont want to,
Biarpun masa terus berlalu,
Kau dan aku di ketika itu tetap lagi di situ,
Walau aku tahu itu semua hanyalah memori.



Pergilah sayangku jangan kau bersedih,
Senyumlah pabila bersama dan jangan kau lupa,
Lupakan semuanya tentang kita,
Kerna aku masih lagi pegang pada kata-katamu,
"Kalau ada jodoh ada lah,jangan risau saya tak kemana".



Jadi aku memiih untuk menyepikan diri,
Membunuh perasaan suka,rindu dan benci,
Biarlah hati ini diluka dan dihiris,
Asal aku tetap setia menanti dirimu,
Setiap masa melihat dan merenung awan,
Awan yang selalu membuatkan aku tenang,



Biarpun langit tak sentiasa cerah,
Tetap aku tunggu dikau muncul semula,
Menghiasi diriku ini semula.
Jangan terus menyepi,
Awan kurnia yg indah berseri. 










Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!