Apa Yang Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan
1. Kejujuran
Seorang lelaki ingin pasangan yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang kamu zahirkan. Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah kamu yang diangkat sang jejaka. Oleh itu sedikit tip untuk gadis ialah sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati kamu. Baik jujur daripada kamu yang sakit hati.
2. Hubungan Bebas Manipulasi
Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan. Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang kamu terhadapnya.
3. Berdikari
Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki. Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut melambangkan identiti tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur dalam membuktikan kamu jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.
4.Dinamik,Bertanggungjawab & Matang
Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi.Mereka juga mahukan seorang gadis yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri,bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi. Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.
5. Komitmen & Kesetiaan
Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain. Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.
6. Pandai Memujuk
Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji,lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis mampu mencairkan hatinya.Ingatlah lelaki ni seorang manja apabila bersama dengan pasangannya.
No comments:
Post a Comment