Sudah terlalu lama aku menyepi,
Tanpa sebarang berita mahupun khabar,
Terlalu banyak jawapan yang tak pasti,
Dan sekali lagi aku masih di sini.
Segala rintihan hanya diri yang mengerti,
Betapa engkau amat berharga disisi ini,
Walau dalam lena tetap ku rasakan,
Betapa hangatnya kasih dan sayang yang engkau berikan,
Dalam senyum dan tawa tersimpan kesedihan,
Dalam gurauan juga ada tangisan ,
Mungkin engkau yang tidak mengerti,
Akan situasi sekarang ini,
Kerna tak pernah sesekali kau coba selami,
Hasrat dan permintaan hati.
Bila mana bulan mulai memunculkan dirinya,
Sang mentari pula yang menghilangkan diri,
Sepertinya mereka tidak mungkin bersama,
Namun tetap wujud dalam alam yang sama.
Adakah kau dan aku jua begitu,
Tetap jua tak bersua dan memahami,
Walhal kita saling menyayangi dan melengkapi,
Pergilah segala rindu yang menebal di hati,
Kerana kau harus dimiliki oleh orang yang kau cintai.
7 comments:
:)
senyum :)
senyum :)
senyum itu yeng terbaik di kala hati kesedihan... HAHA.. *senyum cm kerang busuk :)
hanya mampu tersenyum merelakan dia pergi
hanya mampu tersenyum merelakan dia pergi
doa kan agar dia kembali :)
Post a Comment