Thursday, 23 February 2012

Entri untuk Abah



24 Febuari,hurm..macam ada rasa something je kan. So, aku bukak FB dan.. Jeng Jeng Jeng..Birthday My Hero, My Abah lah... Wak Sudarman Bin Bayali. wow. Tapi aku tetiba sedih coz saat sekarang ni kami jauh. Jadi aku pun mula terkenangkan zaman kecik2 dulu..





Abah,
Ingat tak dulu masa Sapik kecik2,
Kalau petang2 je mesti abah bawak sapik jalan2 naik moto,
Sampai kadang2 Sapik nangis petang2 kalau abah tak bawak,
Pusing2 kampung,
Sapik selalu tanya abah kalau nampak mende pelik2,
"Abah, tu apa? sambil tunjuk kat pondok telefon,
Macam2 yang ditanya tapi abah tetap jawab dengan lembut dan sabar,
Walaupun berkali2 Sapik tanya mende yang sama setiap kali lalu jalan tuh,
Tapi sekarang Sapik da besar,
Sambung belajar dan jauh sikit dari abah,
Tak boleh nak selalu jalan2 dengan abah petang2,
Setiap petang kadang2 Sapik selalu terkenang,
Waktu camnilah abah bawak sapik jalan2,
Tapi Sapik janji nanti Sapik akan bawak abah jalan2 selalu nanti,
Kali ni Sapik pulak yang bawak moto tu taw..hehe




Abah,
Ingat lagi tak masa Sapik kecik2 dulu,
Bila pegi pantai ke, air terjun ke,
Mesti Sapik tak sabar nak turun dalam air tuh,
Abah pulak sabar je layan karenah Sapik,
Sapik nak main pelampung sampai nangis2 sebab ada budak lain main pelampung,



Tapi Abah terus dukung Sapik,Main2 dengan Sapik,
Sapik dah tak nak pelampung dah sebab abah da jadi pelampung Sapik..hehe
Bila Sapik da besar, abah takleh nak dukung Sapik da.
Sapik pulak yang teringin nak dukung abah, main air sama2.
Lain kali kalau kita pegi tempat mandi2,kita main air sama2 ye abah? hehe



Abah,
Masa Sapik mula2 belajar bejalan,
Abah jugak yang pimpin Sapik,
Masa Tuh Sapik terus nak berlari,
Sapik terjatuh pastuh nangis,
Abah terus pimpin Sapik pastuh tiup kat tempat yang sakit tuh,
Nanti Sapik pulak nak selalu pimpin abah,
Kalau abah x larat nak jalan dah,
Meh Sapik dukung abah bawak jalan2 pusing umah..hehe




Abah selalu ingat kami,
ingat arijadi Sapik,Abg Aim,Kak Ana ngn Adam,
Sapik ingat lagi masa kecik,
Kalau aryjadi Sapik je,
Macam2 Sapik mintak,
Menangis guling2  kalau tak dapat,
Last2 kompom mama pujuk abah suruh belikan jugak.
Seronok sangat..


Bila Sapik da besar,
Baru Sapik sedar pengorbanan abah,
Kalau aryjadi kitorang beria2 nak sambut,
makan kat lua lah. itulah , inilah ,
Tapi bila aryjadi abah,
Abah buat x tahu je,
Sapik dah paham sekarang,
kadang2 sapik nak tanya jugak,
Abah nak apa2 tak aryjadi abah nanti..
Abah jawab..

" Abah tak perlukan apa-apa, Sebab abah dah ada kau, abang kau,kakak kau, adik kau ngn mama kau, cukuplah kau hadiahkan abah kejayaan dan tak lupa kat abah ".


Aku tersentak kot..
Selama ni aku tak pernah pun ucap epy birthday abah depan2..
Sekarang, Sapik nak cakap.. 
Abah, selamat aryjadi,.
Abah dah tua tapi masih nampak muda,
Sapik sayang abah sangat2.



p/s:tuk korang semua,,hargai la abah,papa,daddy and whatever la korang panggil,Coz diorang x pernah nak susahkan kita,kita yang selalu lukakan mereka.. T.T

Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Wednesday, 22 February 2012

Jangan lupa namaku

Walaupun aku tak lagi bersamamu,
Jangan pernah sesekali engkau lupakan diriku,
Seandainya aku tiada di sisimu,
Jangan engkau cuba lupakan namaku.





Kerana  aku sering mengingati mu,
Dan aku ikhlas mencintaimu,
Jika aku bisa bertemumu nanti,

Dengan senyum akanku tadah kesyukuranku.




Andai aku bisa menyentuh hatimu,
Air mataku pasti deras mengalir,
Kerana aku  sangat merinduimu,

Dan sememangnya aku ,
sentiasa menyintaimu  sepenuh hatiku.




Walaupun kini  kamu jauh di mataku,
Jangan pernah aku hilang dalam kalbumu,
Saat kamu hampir pudar mengingatiku,
Jangan kau terus lupakan aku,

Kerana aku sentiasa menyayangimu.



Andai aku bisa memeluk dirimu,
Akan aku pasrah  tabah diujimu,
Apabila aku bisa dicintaimu nanti,
Dengan relanya akanku menyerahkan hati,

Kerana jodoh itu masih tidak pasti.


Jika benar ditakdirkan dirimu untukku,
Teruslah mengingatiku,
Jangan engkau pernah lupa namaku.




Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

Wednesday, 8 February 2012

C I N T A :)


Bila kita dah cintakan seseorang,
Umur, Jarak , Harta dan semuanya,
Hanyalah Nombor semata-mata,
Tapi semua tuh ayat manis sahaja.


Bila kita dah sayang seseorang,
Sanggup buat apa sahaja,
Asalkan rasa bahagia,
Namun jangan mudah percaya,
segala  janji-janji adalah dusta,
Kerana mulut pandai bermain kata.





Bila kita suka seseorang,
Jangan terlalu mendesak dan memaksa,
Sebab nanti dia tak selesa,
hakikatnya bukannya tak selesa,
Tapi takut terkena buat kali kedua.



Pendam perasaan cinta,
Relakan dia pergi,
Bersama orang yang dia sayang,
Daripada kita yang akan lukakan dia nanti,
Agar tidak menyesal suatu hari nanti.



Teruslah mencari cinta yang sejati,
Cinta sejati tidak akan ada penamatnya,
Sebab cinta sejati terus wujud sampai mati.

Persoalan demi persoalan,
Bila dan bagaimana,
Siapa dan mengapa,
Usah difikirkan tentang cinta,



Jodoh itu rahsia Tuhan,
Terus lah kehidupan seperti biasa,
Mencari keredhaan Allah yang Maha Kuasa
 Sampailah masanya sudah tiba,
Untuk kita mengenal cinta.














Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!