Wednesday, 22 February 2012

Jangan lupa namaku

Walaupun aku tak lagi bersamamu,
Jangan pernah sesekali engkau lupakan diriku,
Seandainya aku tiada di sisimu,
Jangan engkau cuba lupakan namaku.





Kerana  aku sering mengingati mu,
Dan aku ikhlas mencintaimu,
Jika aku bisa bertemumu nanti,

Dengan senyum akanku tadah kesyukuranku.




Andai aku bisa menyentuh hatimu,
Air mataku pasti deras mengalir,
Kerana aku  sangat merinduimu,

Dan sememangnya aku ,
sentiasa menyintaimu  sepenuh hatiku.




Walaupun kini  kamu jauh di mataku,
Jangan pernah aku hilang dalam kalbumu,
Saat kamu hampir pudar mengingatiku,
Jangan kau terus lupakan aku,

Kerana aku sentiasa menyayangimu.



Andai aku bisa memeluk dirimu,
Akan aku pasrah  tabah diujimu,
Apabila aku bisa dicintaimu nanti,
Dengan relanya akanku menyerahkan hati,

Kerana jodoh itu masih tidak pasti.


Jika benar ditakdirkan dirimu untukku,
Teruslah mengingatiku,
Jangan engkau pernah lupa namaku.




Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

1 comment:

Anonymous said...

ahahaa !! tak lupa pom.. :D