kita adalah manusia,
tiada yang sempurna bah kan paling agung,
Yang Agung itu Allah S.W.T,
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
Tergerak di hati ini untuk berkongsi,
kisah seorang hamba yang seperjuangan dengan saya,
di mana dia telah mengharungi pelbagai dugaan,
dugaan yang amat berat bagi seorang anak,
Yang terpaksa berpisah dengan keluarga,
Antara dua negara,
Saat kita rindukan keluarga,
segala kenangan lalu bersama menjadi harta,
terkenang rumah yang menjadi tempat bermanja,
bergurau-senda dan saling bercerita,
kini tiada dan tinggal hanya memori,
Kita lemah apabila bersendirian,
kadangkala terkenang segala dosa,
Ketika kita jahil tentang agama,
Begitu juga apabila kita merenung kembali,
segala perkara yang telah dilakukan,
Detik keinsafan mulai muncul.
Sahabatku,
Sesungguhnya kita tidak pernah sunyi,
Kerna kita masih ada Allah S.W.T,
Dia yang selalu memerhati dan mendengar rintihan hambaNya,
Jangan pernah kita lupa berdoa dan sujud kepadaNya,
Tatkala kita dalam kesedihan,
Jangan pernah kita berputus asa,
Kerna kita masih ada kawan,
Yang selalu ada disisi dan saling menasihati,
Dialah kawan yang sejati,
Sentiasa berdiri bersama-sama,
Dan hulurkan tangan pabila kita terjatuh.
Hatiku masih lembut,
Dan aku boleh merasakan apa yang kau rasa,
Tapi satu yang aku boleh lakukan,
Aku sedia berkongsi dan mendengar kesedihan itu,
Dan kau juga selalu menyedarkan aku tatkala aku terpesong,
lalai dan lupa kepada yang Maha Esa,
Dugaan harini akan mendewasakan kita,
Ketabahan dirimu sahabat akan terbalas suatu masa nanti,
Dimana kau akan bahagia sebahagianya,
Kerna Allah itu Tuhan kita yang Maha Adil,
Kesukaran hari ini akan dibalas dengan kesenangan suatu hari nanti,
Ingatlah kawan ku,
Selagi aku boleh menolongmu,
Segala keringat ku ini akan aku usahakan,
Kerana sekali kita berkawan selamanya kawan,
Sentiasalah berdoa agar keluargamu sihat sejahtera.
Inilah catatan seorang kawan kepada kawannya,
Yang sering merindui keluarganya.