Sesekali terlintas di kotak hati,
Mengapa aku yang merasa
Dilukai, didusta, dikhianati
Sedangkan aku hanya insan yang ingin dikasihi
Cinta itu ketawa dan air mata.
Manisnya jika tiada rahsia antara kita
Saling mempercayai walau kadangkala terluka
Salah faham yang hanya sekecil nokhtah
Namun apa yang kau lakukan padaku
tidak memerlukan penjelasan dan huraian
Kerna ku akui hati manusia itu mudah berubah
Demi cinta yang tak pernah aku persiakan
Segala janji ku genggam hingga terbukti nyata
Kerna aku bukan pendusta cinta
Jauh sekali pemburu yang kesepian
Segala gerakmu ada dalam perhatianku
Tapi kau buatku bagai tak wujud disisi
Seolah-olah aku sebatang mancis
Yang kau nyalakan tatkala dalam kegelapan
dan dikala siang aku kau abaikan
Memang mustahil untuk mencari seseorang
Yang sama seperti dirimu,
Tapi yang lebih baik daripadamu banyak,
Terima kasih kerana menyedarkan aku,
Bahawa kau bukanlah untukku,
Dan mengajarku erti ketabahan dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment