Kadangku terkenangkan saat kita bercinta dahulu,
Seperti hari-hari kita dipenuhi kegembiraan,
Kau mengatakan akulah orangnya,
Tiada yang lain hanyalah aku,
Tapi hanya kesunyian yang kini kau hadiahkan.
Kisah sedih menghantui diri,
Seperti sinetron yang acap kalinya tiada kesudahan,
Namun bagiku semua ini ku anggap sebagai igauan,
Seperti mana yang kau katakan kita hanyalah kawan,
Tapi aku akui yang aku lega hubungan kita berakhir,
Tiada lagi penipuan dan kelukaan berulang,
Tak perlulah kau membohongi aku,
Bahawa kau pergi kerna kita tidak serasi,
Kerna aku tahu perkara yang terjadi,
Akan soal perubahan hati yang kau alami,
Aku terima keputusan yang diberi,
Mungkin aku tak memiliki cintamu lagi,
Tapi kau melayanku seperti orang asing,
Umpama kau tidak pernah mengenaliku,
Kini kau bukan yang aku pernah kenal dulu,
Apakah kau buta kerana si dia.
Kau menjadi orang yang terasing bagiku,
Sedangkan kita pernah menyayangi satu ketika dulu
2 comments:
pplw change :) tak semua benda yg kita used to be satu ketika dulu, kita boleh go on dgn benda tu :)jangan sesedih BESTFRIEND ;)
hahaha..yup
Post a Comment