adapun sebuah kisah tentang cinta,
Dimana penghujung ceritanya menjadi tanda tanya,
Adakah mampu kebahagiaan dikecapi,
Atau merelakan kepergian yang tidak diimpi.
Bermulanya kisah pabila tali persahabatan terjalin,
Di antara si teruna dan si dara,
Saling memahami dan bergurau mesra,
Dan termeteralah sebuah janji antara mereka,
tidak akan ada perasaan terhadap satu sama lain.
hari-hari yang mendatang dilalui bersama,
semakin hilang perasaan kekok yang bermain di jiwa,
Lalu terbitlah suatu perasaan dalam hati,
bukan tak nak mengaku tapi hati rasa malu,
Mereka memendam perasaan itu untuk sekian lamanya,
Soal hati tidak boleh diduga,
dan perasaan yang timbul itu kian pasti,
berbekalkan rasa cinta yang memutik di dalam hati,
Si Dara terus mengharapkan pengakuan si teruna,
Tapi sayang seribu kali sayang,
Si teruna terus menyepi dan menghilangkan diri.
Di mana awak?
Saya rindukan awk,
Kenapa awak pergi?,
Pelbagai persoalan terus menghantui si dara,
Adakah salah untuk kita jatuh cinta,
memberi sepenuh kepercayaan di atas ketulusan.
Namun begitu si dara tetap menunggu,
kerna yakin akan firasat hati,
meyakini bahawa si teruna bakal hadir semula,
menyerikan kehidupan yang kelam semenjak kehilangan.
menebus kesepian yang menjadi peneman,
untuk sekian lamanya menanti,
ibarat menunggu bulan jatuh ke riba,
Si dara hampir putus harapan,
kerna setiap persoalannya tiada sebarang balasan.
Tiba masanya si teruna memunculkan diri,
disaat benci dan marah menguasai si dara,
Apa yang dimahukan kini hanyalah penjelasan,
Bermulalah hikayat sebuah kisah cinta.
T: awak,maafkan saya coz hilang macam tu je, saya tahu awak marah dan bencikan saya, tapi tolonglah dengar penjelasan saya
D: rasanya tak perlu kot? tak ada guna pun kalau saya nak marah awak,benci awak,siapalah saya kan?anggap jelah saya ni tak pernah muncul dalam hidup awak! ( berpaling dan melangkah pergi)
T: saya cintakan awak! cuma awak perempuan yang saya sayang selama ni!
D: (merenung si teruna semula). awak, saya tak bodoh dan saya masih ada akal, kalau awak sayang dan cintakan saya, awak takkan buat macam ni kat saya, atau awak da hilang akal?
T: awak tak bodoh, tapi saya yang bodoh sebab biarkan awak sunyi. awak kena faham, saya nak bersama dengan awak bukan untuk sementara tapi untuk selamanya. saya menghilang kan diri sebab saya belum bersedia dan belum berkemampuan untuk memiliki awak. memang saya dah hilang akal, sebab dalam fikiran saya cuma ada awak seorang, saya selalu rindukan awak. dan sekarang saya dah berkemampuan. and i want you to know that, saya nak kita declare couple dengan lafaz akad nikah. izinkan saya menjadi imam awak dan mrnghapus segala kesepian dan kesedihan yang awak alami. akan ku pinang dikau dengan kalimah Bismillah dan menjadi pelindungmu selagi diri ini mampu. Mungkin saya bukan yang pertama, tapi izinkan saya menjadi yang terakhir untuk awak. will you be mine sayang?
D: awak, kenapa awak tak bagitahu semua ni awal-awal? saya tak kesah pun awak mampu atau tidak,sebab saya cuma nak awak yang selalu ada di sisi saya (air mata berlinangan). even awak dah tahu jawapan saya, saya tetap akan ulang juga and the answer is, yes i do! tolong jangan hilang sekali lagi dan terus bersama saya selamanya, sungguh saya sangat menunggu kehadiran awak dalam hidup saya. saya sangat mencintai awak.
Tersedar pula si Dara akan semuanya hanyalah imaginasi,
Hakikat yang sebenar si teruna telah pun lama pergi,
pergi bertemu dengan Pencipta yang Maha Agung,
Tuhan yang Menguasai Langit dan Bumi,
biarpun ianya hanya secebis imaginasi,
Namun cukup untuk mengukir senyuman,
Walaupun kenyataannya amat memilukan.
No comments:
Post a Comment