Tak perlulah engkau menafikan lagi,
Usahlah engkau menyembunyi,
Segala rintihan telah ku dengari,
Jangan kau cuba menjauhi,
Kerna kutahu jauh disudut hatimu,
Kau mahu memberi peluang itu,
Namun minda menjadi penghalang,
Takut peristiwa lalu akan berulang.
Bila bersama saling bermesra,
Gelak tawa menggamitkan lagi suasana,
Terasa hilang cacat cela dan gurisan luka,
Di saat kau dan aku saling berbicara.
Adakalanya aku berkecil hati,
Biarlah tuhan lebih mengetahui,
Apa yang tersirat di dalam hati ku ini,
Yang mungkin kau mengerti
Terlalu lama memendam rasa
Hatiku semakin meronta-ronta
Kini aku telah pun sedari,
Bahawa dirimulah yang aku sayangi.
Kekeruhan dalam kehidupan
Hanya masa mampu menjernihkan
Aku serahkan keputusan kepada mu
Tiada maknanya bersama andai kau tidak setuju.
Dan jangan sesekali kau menafikan lagi,
Gelora dan perasaan di sanubari
Mengenang luka-luka lalu
Tak perlu engkau meragui lagi kasih ku
Kerna yang pasti ku menyayangimu selalu.
Biarpun kasar biarpun tak menawan,
Jangan menjadikan itu sebagai alasan,
Harus kau tahu satu kenyataan,
Dalam kekasaranmu ada kelembutan,
Sampai bila harus ku pendam begini,
Jawapan ku telah kau ketahui,
Kutetap menunggu sampai satu masa nanti,
Kau dan aku saling melengkapi.