Tuesday, 20 March 2012

jangan coba pergi lagi






Dan disaat kau berduka lara,
kau pinta untuk menyendiri,
Sekali lagi kau terluka,
kerana perkara yang sama,



Aku di sini mungkin tak mengerti,
Jauh sekali sentiasa ada disisi,
Di saat kau benar-benar perlukan,
Seseorang untuk meluahkan.



Mudah melontarkan anggapan,
Sedangkan kau tahu persoalan,
Dan jawapan untuk semua itu,
Bahawa siapa diri aku dan sifatku,


Tolong dengarkan rintihan ini,
Jangan kau coba pergi sekali lagi,
Dan membiarkan aku sendirian,
Membaluti diri dengan memori.


Ku mahu kau tahu,
Walau aku bermesra dengan yang lain,
Sayang aku pada mu tidak pernah berubah,
Justeru aku tak mahu ulangi,
Kebodohan lalu yang membawa penyesalan,
Kerna membiarkanmu saat kau perlukan aku.





Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

No comments: