Bermula kisah antara kau dan aku,
Pada awalnya benci menjadi rindu,
Daripada kenalan biasa mula memutik cinta,
Dulu aku pernah mengutuk dan mengumpat,
Tentang dirimu dan semua kekuranganmu.
Namun kini semuanya terbalik,
Benar kata orang dulu-dulu,
Jangan membenci kerna kau akan mencintai,
Sekarang aku sedar dan pasti bahawa perasaan di hati,
Aku belajar mencintaimu daripada kekurangan mu,
Kerna aku mahu melengkapi dirimu.
Aku tak berniat membuatmu menunggu,
Tapi aku rela menunggu kata cintamu,
Semakin hari aku semakin rindu,
Suaramu,senyumanmu dan segalanya tentang dirimu,
Membuat aku selalu rindu.
Jika dirimu tertanya apakah sebab,
Aku mencintaimu dan ada kah agenda sebalik perilaku,
Aku tak bisa menjawab soalan itu sebenarnya,
Kerna yang pasti hati aku dan hatimu serasi,
Aku merasakan kolaborasi itu dan aku ikhlas,
Seikhlas hati mencintai dirimu,
Dan aku sangat perlukanmu.
Bukan aku tidak kenal cemburu,
Aku tak bisa meluahkannya itu,
Rimas muncul dalam fikiranmu,
Sebab aku mahu sentiasa ada disisimu,
Mungkin mulut manis berbicara,
Andai kau bahagia pergilah dengannya,
Kerna aku turut bahagia jika kau bahagia,
Tapi jauh di sudut hati,
Aku berteriak yang aku inginkan kamu,
Mana mungkin aku bisa melihatmu bersama orang lain,
Tahukah engkau aku cintakan kau.
Setiap kekurangan mu dan kelemahanmu,
Aku tak dapat melihat semua itu,
Kerna bagiku hanya dengan bersamamu,
Aku merasakan kesempurnaan itu,
Sayang..
Aku tujukan puisi coretan hati ini untukmu,
Menjawab segala keraguan dalam hatimu,
Agar tahu aku terlalu mencintaimu.
Takdir dan jodoh di tangan Tuhan,
Siapa kita untuk menentukan,
Dan aku selalu berjanji padamu,
Aku buktikan dan kotakan,
Sebab itu bukti aku sayangkan dirimu.
Aku tak perlukan sebab dan alasan,
untuk sayang dan cintakan kau,
Tapi aku perlukan 1001 jalan,
Untuk pastikan yang aku akan bersama kau,
Disisi kau hingga akhir hayat aku..
Mencintai mu Sayang.
Manja aku hanya untuk kau,
Aku merebahkan kepalaku ke bahumu,
Kerna aku mahu kau tahu,
Betapa aku perlukan mu,
Dan aku tak boleh jika kau tiada di sisiku.
Cause I was born to tell you That I Love You,
And I am torn to do what i have to,
To make you mine,
And Im tired Of Being all alone,
And this solidary moment makes me want to be with you,
1 comment:
Post a Comment