Sudah menjadi lumrah manusia tidak sempurna,
Ada sahaja dosa dan pahala yang dibuat,
Namun terkadang muncul sesuatu,
Bermain dan terus hadir dalam kotak pemikiran,
iaitu pandangan umat akhir zaman ini,
Terhadap orang yang cuba berhijrah,
Dari kurang baik kepada lebih baik.
Kita selalu dengar ayat ni
"Dah kenapa dengan dia ni,bajet bagus je?"
"Buang tebiat ke hape?"
"Menyampahnya aku dengan dia ni"
"Hipokritlah dia tu"
" Nak menunjuklah tu konon."
"Eleh... Tak payah nak jadi munafiklah."
"Eh, dah insaf ke?"
"Biar ikhlas kalau nak berubah."
"Hati aku belum terbukak"
Tapi jarang sangat kita dengar orang kata:
"Alhamdulillah, semoga dia akan terus jadi baik."
"Baguslah kalau dia betul-betul nak berubah"
"Kalau dia betul nak berubah, kita kena tolong dia."
"Aku cemburu tengok dia berubah"
"Sampai bila aku nak terus hanyut? "
Rasulullah SAW bersabda,
“Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibu bapanya(suasana pembesarannya) lah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi”
Fitrah merujuk kepada Islam,
Sejak lahir lagi kita sudah sah memeluk islam,
Namun sampai kita sudah mencapai kematangan,
Sudahkah kita melaksanakan segala PerintahNya,
Sampai bila kita nak hidup dalam keadaan begini,
Jauh terpesong dari Jalan yang Lurus.
Hasutan Syaitan yang menjadikan hati gelap,
Susah hati dan dengki lihat orang berubah,
kenapa pula hati boleh menjadi gelap,
Tepuklah dada tanyalah selera.
Tak guna kalau pandai,kaya dan berjaya,
Tapi tak ada keberkatan dan keredhaan Allah
Aku sendiri tidak sempurna,
Banyak juga dosa yang telah dilakukan,
Sungguh aku takut akan Hari Pembalasan,
Namun aku tersedar dan cuba untuk berubah,
Perlukah mengherdik atau menghina,
Tanpa sebarang dorongan dan sokongan.
Ayuh kawan sahutlah seruan,
Moga bermanfaat apa yang ditujukan,
Dan aku disini seorang Hamba juga,
Seringan kuman melakukan dosa,
Seberat neraca melakukan pahala,
Aku menulis berdasarkan dunia kini,
Bukan bertujuan untuk menerasakan,
Aku juga sedar bahawa aku,
Bukanlah baik seperti para ustaz,
Malah masih jahil lagi dalam bidang agama,
Tiada salahnya ku kira mengajak teman,
Bersama-sama berubah menjadi lebih beriman,
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!