Saturday, 7 April 2012

munajat seorang hamba






Aku memanjatkan kesyukuran kepada Tuhanku,
Kerana masih lagi hidup di dunia ini,
Walau terkadang aku alpha,
Melupakan apa matlamat hidup selama ini.


Hari-hari yang mendatang,
Cabaran demi cabaran,
Masih lagi aku teguh berdiri disini,
Mengharungi dengan langkah berani,
Kerna aku yakin bahawa aku masih ada,
Pelindung dan Pendengar,
Segala rintihan dan doa,




Ya Allah Ya Rabbi,
Bukakanlah hati kami,
Menerima hidayah dan petunjukmu,
Jangan kau pesongkan kami dari jalanMu yang lurus,
Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah.



Sedarlah kita hanya menumpang,
Hidup didunia ibarat perantau,
Kejarlah ilmu selagi bernyawa,
Tunaikan segala kewajipan yang nyata,
Jauhi segala laranganNya.



Sama juga seperti aku,
Manusia biasa yang tak sempurna,
Kadang kala melakukan dosa,
Ayuh kita tersedar dari lamunan,
Bersama kita bertaubat kepadaNya.
Dan tak putus berdoa kepadanya,
Agar hidup diberkati Allah,
Tuhan pencipta langit dan bumi.




Bace dah?Dah tuh Komen lerr sekali!

No comments: